Friday, December 2, 2011

Selisih Pendapat

assalamualaikum..
di ruangan kali ini MT ingin berkongsi satu cerita benar yang mana boleh dikatakan semua orang pernah menghadapinya, iaitu berkaitan perselisihan pendapat.



     Hidup ini penuh persoalan. Dalam merungkaikan persoalan itu, pelbagai pendapat diperlukan daripada orang di sekelililng kita. Tak lupa juga, sebagai Hamba Allah yang berakal,  kita turut terlibat untuk memberikan pandangan. Pendapat semua orang tak semuanya sama sebab rambut sama hitam, hati lain-lain.

     Semestinya kita mencari pandangan yang tepat dan bernas, dan boleh diterima akal kerana tak semua pendapat adalah betul. Adakalanya, individu lebih cenderung dan bertegas untuk menyatakan pendapatnya betul, yang terbaik, yang tiada tolok bandingnya, dan tidak boleh ditolak. Dia ingin pendapatnya diterima oleh semua orang. Tetapi, realitinya tak semua orang akan bersetuju.

      Apabila hal ini terjadi, salah satu pihak akan berasa kurang puas hati. Perselisihan pendapat ini dapat ditangani seperti berikut:
1.   Mengalah dlm perbincangan
      - iaitu menerima dahulu, akur yang mungkin kita salah memberi pendapat.
2.   Meminta maaf dan memberi maaf
      - inilah yang sebaiknya dilakukan untuk mengelakkan pertengkaran jika rasa tidak puas hati berlarutan.
3.   Muhasabah diri
     - luangkan masa bersendirian, mengadu kepada Allah, dan bermohon supaya Allah menenangkan hati kita
        yang gundah, menilai salah dan silap diri sendiri dan berusaha meperbaikinya jika ada..
4.    Membina kekuatan dalam diri
      - apabila semangat kita punah ranah, langkah seterusnya ialah dengan membina balik kekuatan dalam diri. dalam hal ini, kita perluka kaunselor. Kaunselor yang terbaik adalah IBU ANDA..
5.    Meneruskan hidup dengan lebih bersemangat
       - teruskan hidup dan harus diinagat hidup kita kena bahagia.. Bahagiakan diri anda dengan membahagiakan orang disekeliling kita.

Diharapkan dengan perkongsian yang tidak seberapa dapat menceriakan balik hari anda.

No comments:

Post a Comment

UTM BLOGGERS


Photobucket
" width="125" />
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...